Bateri dan Starter Kereta

Suatu hari, ada kawan minta bantuan kerana kereta Proton Satrianya tak boleh ‘start’. Setiap kali dicuba, dia dengar bunyi ketek ketek ketek.

“Ana agak starter rosaklah,” dia memberitahu.

Berdasarkan pengalaman, aku pun beri dia ‘two-cents worth of opinion’. Macamlah aku ni tau sangat, tapi sebenarnya aku tidak lebih dari seorang yang celik sebelah mata dalam dunia si buta.

Aku terangkan serba ringkas apa yang tahu. Bunyi ‘chattering’ tu sebenarnya bunyi ‘solenoid’ atau pun suis (terma mudah) yang terbuka dan tertutup kerana tak cukup current untuk disalurkan ke ‘starter motor’ dan pada masa yang sama berfungsi menolak ‘pinion’ (gigi jantan) masuk untuk memusing gigi betina dalam injin.

Setelah beri penerangan, aku pun duduk dalam kereta, ‘on ignition switch’ tekan clutch dan ‘engage’ gear dua. Lepas itu suruh dia tolak. Apabila kereta sudah bergerak dalam kelajuan 10kmj, lepas clutch dan tekan pedal minyak sederhana perlahan. Setelah injin hidup, kami berlegar dengan gear rendah dan ‘rev’ injin tinggi (untuk cas bateri) selama lebih kurang 10 minit. Lepas itu parking kereta dalam keadaan menurun bukit dan matikan injin. Kenapa aku letak kereta dalam kedudukan menurun bukit?

Kalau injin boleh dihidupkan dengan menggunakan starter selepas bateri dicas, bermakna starter OK, kalau tak boleh, tak payah tolak lagi, gelonsor aje kereta menurun bukit untuk menghidupkan injin seperti proses di atas.

Perlu diingat, hanya kereta dengan gear manual yang boleh hidupkan dengan push-start atau tolak macam di atas. Kalau kereta jenis auto kena buat ‘jump-start’ untuk menghidupkan injin. Kepada pemilik kenderaan auto, dicadangkan supaya menyimpan ‘jumper cable’ yang boleh dibeli di kedai alat ganti atau bahagian alat kereta di pasaraya.

Berbalik kepada cerita starter, dan apa itu ‘solenoid?’

Kalau diperhati, tertenggek di atas starter ada sebiji motor kecil yang melekat macam belangkas. Satu terminal solenoid disambung ke positive terminal bateri dengan wayar kecil sedikit dari jari kelingking dan satu terminal lagi disambung ke bahagian badan kereta.

Berbalik kepada bateri:

Kenapa jangka hayat bateri Maintenace Free (MF) lazimnya lebih pendek dibanding bateri biasa?

Bateri MF yang keluar dari kilang sudah diisi ‘electrolyte’ (35% H2SO4, 65% distilled water). Sebaik air dan asid dimasukkan ke dalam bateri, proses tindak-balas kimia bermula dan hayat bateri juga bermula dari situ. Makanya, tidak ramai yang tahu berapa lama (tua) sudah usia bateri MF ketika dipasang ke kereta kerana kod tarikh pembuatan sukar dibaca/difaham.

Kekadang terfikir juga, kenapa kementerian hal ehwal pengguna tidak mewajibkan pembuat bateri melekatkan tarikh pembuatan (manufacturing date) bateri yang boleh dibaca/difaham oleh pengguna?

Bateri biasa (bukan MF) pun kalau yang sudah siap packing dalam kotak, kita juga tak tahu bila electrolyte mula dimasukkan. Sebab itulah aku tak membeli bateri selain dari kedai apek di Setapak, Kuala Lumpur kerana bateri di kedainya baru berusia beberapa hari. Makanya, bateri dalam kereta keluarga boleh bertahan minima tiga tahun.

Di Malaysia, terdapat dua jenis bateri untuk kenderaan. Satu dipanggil ‘Lead Acid’ dan satu lagi ‘Calcium’ bateri. Difahamkan, jangka hayat ‘calcium’ bateri 1.5 X lebih lama dari ‘lead acid’, dan lebih mahal. (Itu yang membuatkan bateri Hyundai Matrix tahun 2005 tahan sampai 58 bulan)

Bagaimana hendak tahu sama ada bateri itu OK atau sudah uzur?

Untuk bateri biasa, masa nak hidupkan injin, kita boleh dengar cara starter berpusing. Kalau bateri masih kuat, pusingan starter cepat tapi kalau sudah uzur, bunyinya lembab (macam orang yang dah lanjut usia, lambat melenting).

Untuk bateri MF, lazimnya ada penunjuk dalam plastic transparent di atas bateri…hijau kononya masih baik. Tapi jangan percaya sangat dengan petunjuk itu kerana ia tidak mencerminkan keadaan bateri keseluruhan.

Penanda itu sebenarnya hanya menunjukkan keadaan satu dari enam ‘cell’ dalam bateri. Kalau ‘cell’ lain lemah atau rosak, ia tak dapat dikesan, tau-tau injin tak boleh start.

Bagaimana charge dan discharge bateri berlaku?

Sebaik sahaja injin kenderaan dihidupkan, bateri yang sudah menggunakan banyak current untuk memusing starter, sudah boleh berehat…bukan sepenuhnya kerana ‘rev’ injin masih rendah. Bila kereta dah jalan dan ‘rev’ naik, segala beban untuk membekal current kepada aircond, radio, ignition dan peralatan lain diambil alih oleh alternator. Selain membekal tenaga untuk yang disebutkan tadi, alternator juga berfungsi mengganti atau top-up tenaga yang telah digunakan oleh bateri masa menghidupkan injin.

Apa jadi kalau alternator sentiasa top-up kan bateri?

Bateri akan rosak kerana overcharge. Maka itu, setting cut-out amat penting. Bila bateri dah penuh, cut-out akan berfungsi macam polis trafik…preet, tak boleh lalu sehingga charge diperlukan.

Bagaimana kalau alternator atau cut-out rosak?

Lampu charge menyala. Masa itu, segala bebanan ditanggung oleh bateri sepenuhnya.

Bolehkah kereta dipandu kalau lampu charge menyala?

Bergantung kepada keadaan bateri. Kalau bateri masih kuat, kereta masih boleh bergerak untuk beberapa kilometer atau beberapa ratus kilometer.

Kalau terjadi perkara sedemikian, pastikan bateri hanya diguna untuk membekal current kepada High Tension Coil – ignition. Segala kelengkapan lain, Air cond, lampu, radio dan apa saja yang menggunakan bateri di tutup.

Macam tau aje. Tak lah cuma aku pernah mengalami. Dalam perjalanan balik dari menghantar anak ke asrama di Kedah, sampai Tol Jelapang, tiba-tiba lampu charge menyala.

Nak bermalam di Ipoh, bajet tak ada. Lagipun, aku tak tau di mana kedai yang boleh dipercayai. Akhirnya aku pasrah…pecut (setakat lebih sikit dari speed limit aje) dan berdoa agar boleh sampai rumah. Peliknya, bila aku bawa laju, lampu charge padam, bila perlahan lampu menyala. Dengan seco’et teori yang ada, aku cuba analisa…Ini mesti carbon brush dah haus, sekejap ada contact  sekejap tidak.

Akhirnya sampai jugalah ke rumah. Esok, aku serkap jarang beritahu electrician untuk tukar carbon brush.

Sebelum menutup cerita elektrikal kereta, aku minta maaf kalau ada yang tak tepat kerana aku bukan electrician. Aku cuma menceritakan pengalaman yang ku kutip di pinggir jalan.

Posted in kereta & DIY, MALAY | 12 Comments

Wheel Balancing & Alignment

Kenapa saya sebut “Wheel Balancing & Alignment” dan bukan “Wheel Alignment & Balancing”?

Sebab…..sebelum dibuat alignment (jajaran), kena buat balancing (imbangan) dulu.

Setelah hampir 4 dekad memiliki kenderaan sendiri dan berpuluh kedai tayar dikunjungi untuk membuat alignment, akhirnya bertemu sebuah kedai seperti dalam resit di bawah. Kepada pemilik kenderaan yang bermastautin di Lembah Kelang, kalau teringin mencuba kepakaran kedai ini membuat alignment, harap datang sebelum 10 pagi. Kalau datang selepas itu, mungkin anda tak sempat atau kalau nasib baik, giliran kereta anda untuk dibuat jajaran hanya lewat petang.

Kedai ini tidak ‘sembelih’ pelanggan dan tidak menggunakan ‘komputer’ untuk membuat alignment. Dia buka kedai jam 10 pagi tapi pukul 8 pagi sudah ada pelanggan tunggu depan kedai.

Bil di atas adalah untuk kereta Hyundai Matrix. Sebaik saja keluar dari ‘showroom’, kedai inilah dijadikan destinasi untuk membuat ‘alignment’. Walaupun kereta baru tapi alignment dan right castor ‘lari’.

Lepas 10 bulan, pemandu beritahu “kereta asyik nak ke kiri ajelah”. Baru 10 bulan dah lari? Masa buat alignment kali kedua, aku terlihat lekuk di bawah pintu. Balik rumah tanya pemandu dan akhirnya pecah rahsia “Semalam masa keluar simpang, kereta panjat curb (tembok tepi jalan)”.

Kalau kedai lain, aku boleh bayangkan senario menyeramkan “Boss, alignment lari teruk, camber bengkuk, caster out…” Lepas itu, duit kita pun lari, badan bengkuk dan bajet out.

Kedai ini, walaupun milik orang Cina, tapi mengamalkan etika perniagaan berteraskan kejujuran.

Yang di atas pula kereta Hyundai Getz baru keluar showroom. Alignment, Caster kiri dan steering adjust…RM35.00.  Sudah lebih 5 tahun, itulah sekali buat alignment kerana sampai hari ini, tayar tak makan sebelah dan steering juga masih tak lari.

Kedai tayar (alignment), yang membuat pelanggan dari Shah Alam ambil cuti untuk datang ke kedai ini, aku temui dengan tak sengaja.

Suatu hari – lebih 10 tahun dulu – aku buat alignment di kedai ‘A’. Tiga bulan lepas itu, tayar makan sebelah. Bila aku bawa balik ke kedai sama, “Lu langgar lubang, mesti alignment lali…” apek yang buat alignment memberi alasan. Menyirap darah bila ‘mangkuk ayun’ cakap macam tu kerana kereta tu aku seorang saja yang bawa, dan tentulah aku tau kalau ada terlanggar lubang ke atau termasuk lubang.

Lepas itu aku pergi kedai ‘B’. Dua tiga kali supervisor kedai bawa kereta keluar masuk. Akhirnya dia buka mulut, “Boss, tak boleh buat alignment, awak punya steering shaft tak baik. Tapi jangan susah, kita ada spare”.

Steering shaft baru RM1,200…bila aku kata tak ada duit, dia offer, “Tapi kita ada smuggle punya…RM600.00″. Bila aku kata masih tak ada duit, dia offer, “Boss, kita ada recond punya RM400.00″.

Kerana tak puas hati dengan penjelasan supervisor kedai tayar tersebut, lepas itu aku pergi bengkel Ah Yau yang aku kenali sejak tahun 80an, “Itu kedai ke?” Ah Yau tanya “Satu kereta masuk, 4 atau 5 orang kuli datang keliling. Itu potong kepala punya.”

Menerusi Ah Yau lah aku tahu tentang kedai tayar (alignment) luar biasa di mana pelanggan sanggup menanti berjam-jam untuk membuat alignment cara purba – manual.

NOTA:

Sebut ‘Camber’ aku teringat ditegur anak-anak muda lepasan universiti.

“Bukan ‘kember’ lah bang, bunyinya ‘Cember’.

Bila aku katakan abjad ‘C’ bunyinya ‘K’, dia masih dengan pendirian, “Kawan-kawan saya semua kata ‘Cember'”.

Ia tak ia juga kan…lepasan universiti mesti pandai. Setelah berfikir sejenak, aku rasa bersalah pula kalau membiarkan mereka dalam kegelapan sepanjag usia.

Akhirnya aku tanya, “Kamu tau apa beza ‘Camber’ dengan ‘Chamber’?”

“Alah, yang kedai tayar selalu buat alignment tu…”

Setelah yakin mereka tak dapat membezakan ‘Camber’ dengan ‘Chamber’, maka terpaksalah aku terangkan…  

‘Camber’ adalah sudut roda dipandang dari atas ke bawah, manakala ‘Chamber’ pula bermakna suatu ruang…e.g. “Combustion Chamber…”

Combustion Chamber? makin bertambah “ke confuse an” mereka.

Posted in kereta & DIY, MALAY | 3 Comments

Minyak dan Gadgets – Menjimatkan Petrol !

Carta di atas saya rakam dari stesen minyak Shell. Penaja dan pembekal bahan bakar dan minyak pelincir kereta lumba Ferrari F1 (Shell) tidak menggalakkan penggunaan minyak sintetik apabila usia kenderaan melebihi suatu jangka masa. Kalau minyak sintetik yang dicanang sebagai ‘ultimate oil’, kenapa tidak disyorkan penggunaannya sepanjang hayat?

Benarkah minyak sintetik menjimatkan petrol?

Siapa boleh membuktikan? Jimat atau tidak penggunaan petrol terletak di kaki kanan pemandu – kalau tekan accelerator seperti pelumba F1, macam mana nak jimat?

Begitu juga dengan additive dan gadgets yang didakwa kononnya boleh menjimatkan minyak sehingga 10, 20 atau 30 %…itu semua sales gimmick kerana mereka tahu berapa kerat sangat pemandu yang arif bagaimana caranya mengira penggunaan minyak.

Selalu dengar kawan-kawan cerita, “Aku isi 30 ringgit, sampai Melaka masih ada suku tank, biasanya dekat kosong tangki…memang jimat.” satu hipotesis yang salah.

Bagaimana mengira?

Isi tangki penuh dan pastikan ia penuh…sambil mengisi goyang kereta sehingga terdengar bunyi kocakan minyak dalam tangki. Tujuan menggoyang kereta ialah untuk melepaskan buih udara (air bubble) yang terperangkap di dalam tangki. Setelah yakin tidak ada lagi buih udara yang terperangkap dan anda dapat melihat paras minyak (penuh), tutup tangki. Lepas itu, set ‘trip meter’ kepada zero.

Setelah diguna dan tangki hampir kosong, penuhkan kembali tangki dengan cara yang disebutkan sebelum ini. Dan kira seperti berikut:

Contoh:

  • Jumlah yang dibayar untuk memenuhkan tangki…RM80.00 di bahagi dengan bacaan yang diambil dari trip meter…450km = 17.78 sen satu kilometer.
  • Kalau nak mengira 1 liter berapa kilometer…450km dibahagi dengan berapa liter yang telah diisi dalam tangki, e.g. 450km dibahagi dengan 43.24 liter = 10.40 km/liter.

Perlu diingat, angka (kiraan) yang diperoleh dari satu top-up ke satu top-up tidak mungkin sama kerana beberapa faktor, antaranya:

  • Keadaan trafik,
  • Jumlah penumpang atau muatan yang di bawa,
  • Jenis perjalanan – lebuhraya atau bandar,
  • Tyre pressure.

Dan banyak lagi faktor yang boleh menyumbang kepada percanggahan jumlah penggunaan minyak.

Konklusinya…tak ada konklusi. Maka itulah, penjual alat penjimatan minyak (gadget) berani mencanang “menjimatkan hingga 30%…” sedangkan pada hakikatnya, penjimatan itu amat subjektif.

Posted in kereta & DIY, MALAY | 9 Comments

Senggaraan Berkala – 3

Posting sebelum ini menceritakan tentang nasib yang menimpa pemilik kenderaan bila menghantar kereta untuk disenggara. Kali ini pula, saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang jenis minyak pelincir yang sesuai digunakan di negara kita yang beriklim tropika.

Di bawah ini dimuatkan carta minyak yang disyorkan oleh pembuat kenderaan yang saya scan dari ‘Owners Manual’ Hyundai Matrix.

Sebut Hyundai Matrix, teringat insiden masa menghantar untuk servis 1,000km di pusat servis Hyundai Selayang (Service Agent).

Service Advisor (SA) memaksa saya menggunakan minyak sintetik. Walaupun saya jelaskan apa yang disyorkan pengeluar kereta Hyundai, SA tetap juga berkeras dengan hujah sendiri. Secara kebetulan pengurus pusat servis muncul di kaunter dan bertanya apa masalah. Bila saya terangkan apa yang termaktub dalam Owners Manual dan apa makna nombor dan huruf “EXCEEDS API SM dan 20W-50” (Rujuk tulisan di bekas minyak Petronas – gambar bawah), pengurus berbangsa Cina tersenyum “You know about oil eh”. Lepas itu terus jadi kawan dan dia beri saya sehelai T shirt.

Kalau diperhati carta di atas, dan memandangkan suhu di negara kita tidak jatuh ke bawah paras beku, maka itu minyak mineral biasa yang lebih menjimatkan amat sesuai untuk injin dan saku pemilik kenderaan. Kenapa mesti berbelanja lebih?

Pemilik bengkel atau pusat servis memang selalu mengsyorkan minyak sintetik atau semi sintetik kerana ada sebab-sebab tertentu…lagi mahal minyak, lagi tinggi margin keuntungan.

Lain kali, kalau ada yang memaksa anda menggunakan minyak sintetik, tanya mereka, “Apa jaminan yang mereka boleh berikan…injin tahan sepanjang hayat?”

Perlu diingat, walaupun anda menggunakan minyak sintetik, sampai masanya, anda terpaksa menggunakan minyak mineral biasa. Kenapa?  

Sebab injin juga mengalami kehausan atau wear and tear walau jenis apa pun minyak yang digunakan. Bila berlaku kehausan, injin memerlukan minyak yang lebih likat supaya tidak berlaku ketirisan.

Sejak mula-mula memiliki kenderaan sendiri tahun 70an, saya tak pernah menggunakan minyak sintetik. Minyak mineral yang digunakan hanya perlu ditukar setiap 10,000km.

Bagaimana saya dapat panduan menukar minyak setiap 10,000km?

Tahun 80an, Caltex mengeluarkan dua grade minyak mineral dan diluar ada tertulis – Minyak A tukar setiap 5,000km; Minyak B tukar setiap 10,000km. Kalau Syarikat antarabangsa boleh memberi panduan sebegitu, siapa kita untuk mempertikai?

Posted in kereta & DIY, MALAY | 25 Comments

Senggaraan Berkala – 2

Tertera di atas ialah jadual senggaraan yang dikeluarkan oleh pemasang Hyundai Matrix tempatan (local assembler) dan mesti dipatuhi selagi kereta dalam jaminan – setiap 5,000km atau 3 bulan minyak dan penapis wajib diganti.

Bandingkan dengan jadual senggaraan yang dikeluarkan oleh pengeluar dari Korea – Hyundai Motor Company yang mewajibkan setiap 15,000km atau 12 bulan. Kenapa berbeza?

Apakah minyak pelincir yang terdapat di Malaysia begitu rendah mutunya hingga memaksa ia ditukar setiap 5,000km? Atau mutu pemasangan tempatan (local assembly) tidak menepati piawaian? Atau sengaja menyusahkan pemilik kenderaan demi survival orang lain?

Yang saya sebutkan cuma minyak pelincir dan penapis, belum lagi barang lain seperti spark plug, air filter, transmission fluid, radiator coolant, timing belt dll.

Makanya, pemilik kenderaan di Malaysia lebih banyak membazir wang terhadap kenderaan dari keperluan lain.

Bagaimana mengatasi pembaziran ini?

Ikuti siri seterusnya.

Posted in kereta & DIY, MALAY | Leave a comment

Senggaraan Berkala – 1

Invois untuk servis MYVI @ 20,000km

 

Kenapa sampai RM400++? Inilah nasib pengguna bila tak pernah membuka “Owner’s Manual” yang datang bersama kereta. Kalau sentiasa mengharapkan ‘Service Advisor’, tertiaraplah gamaknya.

RM 75.30…Semi Synthetic Engine Oil (Mineral lagi murah)

RM 12.95…Oil Filter

RM 04.80…Drain Plug Washer (Harga di kedai alat ganti cuma seringgit satu)

RM 45.00…Upah

 

RM 138.25…jumlah keseluruhan.  

RM418.80 – RM138.25 = RM272.55 terbang dan terbuang

 

Itu belum lagi kena goreng dengan Service Advisor tentang Iridium Spark Plug yang berharga hampir RM40 sebatang.

Eleh, admin apa tau?

Toyota Premio milik admin baru menyambut hari keputeraan yang ke 15. Selama tempoh itu, injinnya tak pernah meragam walaupun sejak lahir menggunakan minyak mineral (tukar setiap 10,000km), spark plug Denso (tukar setiap 40,000km) berharga kurang RM20 untuk 4 batang. Dan buat alignment hanya selepas tukar tayar.

Sebenarnya tak rugi kalau pemilik kenderaan meluangkan masa membelek buku ‘Owners Manual’ untuk mengetahui apa yang patut ditukar setiap kali kereta memerlukan servis. Kalau malas dan tak tau, maka jadilah macam burung belatuk…mengangguk dan setuju setiap cadangan Service Advisor. Spesis yang bergelar service advisor satu hal pulak, asyik nak mengetuk aje. (Ada insentif agaknya).

Seorang perempuan kenalan isteri sentiasa ‘bad mood’ setiap kali hantar kereta Kancil untuk diservis. Apa taknya – tak pernah dibawah RM400. Sesekali kena RM600++. Kenapa?

Bengkel servis kereta di Malaysia lazimnya lebih pandai atau “memandai-mandai” dari pengeluar kereta itu sendiri. Kereta Hyundai umpamanya…pengeluar syorkan jarak antara servis setiap 15,000km tapi bila sampai di Malaysia, pengedar tukar kepada setiap 5,000km.

Posted in kereta & DIY, MALAY | 3 Comments

Bateri Kering atau Maintenance Free Battery (MF)

Suatu hari, kawan mengadu tentang Maintenance Free Battery keretanya yang rosak walaupun baru setahun digunakan “Ana kena tipu beli bateri, dia orang kata bateri kering, tapi ada acid dalam…”

Bateri kering?

dry-radio-battery

Gambar Atas: Bateri Kering yang benar-benar menepati istilah bateri kering – digunakan untuk alat kelengkapan elektrik zaman dulu.

 

Rasanya, bukan dia seorang yang tak mengerti maksud Maintenance Free atau MF yang dikaitkan dengan bateri. Selama ini, dia menyangka Maintenance Free Battery adalah bateri kering ala bateri radio zaman dulu.

  

Maintenance Free Battery sebenarnya sama konsep pembuatan dengan bateri biasa. Kalau ada perbezaan pun hanya sedikit, namun bahan asasnya tetap sama – lead dan sulphuric acid. Untuk mengurangkan pengwapan yang membuat air bateri cepat susut, maka enam lubang tempat mengisi air suling (distilled water) ditutup rapat (sealed). Maka jadilah ianya Maintenance Free – tak payah tambah air.

 

Diberi pilihan, aku lebih yakin dengan bateri biasa. Lazimnya, bateri kereta yang aku beli dari sebuah kedai bateri di Setapak boleh tahan antara 36 hingga 42 bulan, dengan syarat – jaga air bateri dan jangan sekali-kali minta stesen minyak tambahkan airnya. Kenapa?

 

Awal 80an, masa mengisi minyak di setesen minyak jalan Pahang, aku minta pump attendant tambahkan air bateri. “Kalau abang nak saya top up tak jadi hal, tapi secara jujur saya beritahu, kami guna air paip, bang.” Mulai hari itu aku beli air bateri yang berjenama dan top up air bateri sendiri.

 

Terlanjur bercerita tentang bateri, aku kagum dengan bateri calcium Yokohama yang dibekalkan oleh pengedar Hyundai Matrix tahun 2005. Tak pernah termimpi bateri tersebut boleh bertahan sampai 58 bulan.

Posted in Uncategorized